Pada hari khamis, tanggal 8 Februari 2018 bersamaan 22 Jamadil Awal 1439H, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Watikah Perlantikan Kepimpinan Pelajar , Pelancaran Usrah , dan Motivasi Awal Tahun bagi tahun 2018. Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Pengerusi SMUAI , Pihak Pentadbiran Sekolah, Pegawai Polis, Guru-Guru, Para Pengawas, Pimpinan Utama Badan Dakwah , ketua dan penolong kelas, para pelajar, serta semua individu dan organisasi yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Watikah Perlantikan Kepimpinan Pelajar , Pelancaran Usrah , dan Motivasi Awal Tahun bagi tahun 2018 ini.
Majlis penyampaian watikah pelajar ini dirasmikan oleh Pegawai Polis yang telah dijemput khas oleh pihak sekolah. Beliau telah memberitahu kepada para pelajar, semakin ramai yang pandai melawan guru, kurang menjaga tingkah laku, sering membuang masa dengan melayari laman sosial yang semakin canggih. Beliau berharap agar para pelajar tidak mudah terjebak dengan anasir-anasir negatif. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pimpinan sekolah dan beliau juga berharap agar para pimpinan sekolah dapat menjaga disiplin dengan baik.