Pages

 

Khamis, 28 Jun 2018

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SESI 2018

0 ulasan
Pada 27 Jun bersamaan 13 Syawal 1439 Hijrah,sekolah kami telah mengadakan sambutan hari raya aidilfitri bagi meraikan kemengan kepada umat islam setelah sebulan berpuasa.Majlis ini telah melibatkan semua pelajar dan guru-guru.Majlis ini telah berlangsung pada jam 8:00 pagi dan berakhir pada jam 1:30 tengahari.Majlis ini bermula dengan acara sesi penggambaran pada setiap kelas bersama guru kelas masing-masing.Seterusnya majlis diteruskan dengan jamuan makan-makan yang diadakan pada setiap kelas.Setiap kelas mengadakan sesi rumah terbuka bagi menyambut kehadiran guru-guru ke kelas mereka.Para guru akan bertandang dari kelas ke kelas bagi memenuhi permintaan para pelajar.Setelah selesai acara kunjung mengunjungi,para pelajar dan guru bersama-sama bergotong-royong mengemaskan kawasan sekolah.Majlis ini telah berjalan lancar dengan kerjasama para pelajar dan guru.



Barisan para guru.

1 Bukhari.

1 Muslim.

2 Bukhari.

2 Muslim.

3 Bukhari.

3 Muslim.

4 Bukhari.

4 Muslim.

5 Bukhari.

5 Muslim.

6 Bukhari.





Para guru menjamu selera.


Read more...

Selasa, 24 April 2018

MARI MEMBACA SERENTAK SELAMA 10 MINIT

0 ulasan
Pada 24 April bersamaan 8 Syaaban 1439 Hijrah,telah berlangsungnya hari membaca sedunia yang diadakan di setiap sekolah.Program ini juga telah disertai oleh semua pelaja dan guru SMU (A) Ismailiah Binjai Manis.Program ini bermula pada jam 11:00 pagi dan berakhir pada jam 11:10 minit pagi.Program ini bertujuan bagi memupuk semangat membaca dalam diri setiap individu.










Read more...

MESYUARAT PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-14 DAN SESI PENYAMPAIN HADIAH KEPADA PELAJAR CEMERLANG TAHUN 2018.

0 ulasan
Pada 9 April bersamaan 3 Syaaban 1439 Hijrah,telah berlangsungnya mesyuarat agung PIBG kali ke-14 yang bertempat di dewan SMU (A) Ismailiah Binjai Manis.Majlis ini telah melibatkan para ibu bapa,guru dan pelajar.Majlis ini telah bermula pada jam 8:30 pagi dan berakhir pada jam 12:30 tengahari.Mesyuarat ini telah melibatkan semua Ahli Jawatan Kuasa PIBG dan YB. Dato Haji Hanifa.Majlis diteruskan dengan penyampain hadiah kepada pelajar cemerlang tingkatan 1, 2,PT3,SMU,SPM dan STAM.Anugerah ini telah disampaikan oleh YB. Dato Haji Hanifa.Selain itu,majlis diteruskan dengan mesyuarat PIBG yang melibatkan semua AJK dan para ibu bapa.Apabila selesainya majlis tersebut,majlis diteruskan dengan pembahagian wang awal persekolahan dan makan-makan yang telah disediakan oleh pihak sekolah.Pihak sekolah telah meraikan program ini dengan menyembelih seekor lembu untuk dijadikan jamuan kepada para ibu bapa,guru dan para pelajar.Alhamdulillah dengan kerjasama semua pihak,majlis ini telah berlangsung dengan jayanya.

Kedatangan ibu bapa.

Pendaftaran.




Bacaan doa daripada saudara Muhd Faiq.

Persembahan daripada kumpulan nasyid sekolah.

Ucapan daripada mudir Encik Suhaimi b Daud.

Ucapan daripada YB. Dato Haji Hanifa.










Sedikit jamuan.

Penyampain wang awal persekolahan.



Pakain seragam guru tahun 2018.

Kumpulan nasyid sekolah.

Read more...

Rabu, 18 April 2018

PERTANDINGAN BLOG KUMPULAN B5 2018.

0 ulasan
Pada 16 Mac bersamaan 22 Rejab 1439 Hijrah,telah berlangsungnya pertandingan blog yang bertempat di SMU (A) Maheliah Geting,Tumpat.Pertandingan ini telah disertai oleh Unit IT SMU (A) Ismailiah Binjai Manis.Unit IT ini terdiri daripada empat orang ahli kumpulan.Antaranya ialah Che Muhammad Afif bin Che Azih,Abdul Hakim bin Hassan,Rabiatul Adawiyah binti Alzahari dan Siti Nur Asiyah binti Ibrahim.Pertandingan ini telah mendapat tempat ketiga.Tahniah diucapkan.Selamat maju jaya.

Bersama guru pembimbing.

Sesi pembentangan
.
Tempat ketiga.

Read more...