Pada 9 April bersamaan 3 Syaaban 1439 Hijrah,telah berlangsungnya mesyuarat agung PIBG kali ke-14 yang bertempat di dewan SMU (A) Ismailiah Binjai Manis.Majlis ini telah melibatkan para ibu bapa,guru dan pelajar.Majlis ini telah bermula pada jam 8:30 pagi dan berakhir pada jam 12:30 tengahari.Mesyuarat ini telah melibatkan semua Ahli Jawatan Kuasa PIBG dan YB. Dato Haji Hanifa.Majlis diteruskan dengan penyampain hadiah kepada pelajar cemerlang tingkatan 1, 2,PT3,SMU,SPM dan STAM.Anugerah ini telah disampaikan oleh YB. Dato Haji Hanifa.Selain itu,majlis diteruskan dengan mesyuarat PIBG yang melibatkan semua AJK dan para ibu bapa.Apabila selesainya majlis tersebut,majlis diteruskan dengan pembahagian wang awal persekolahan dan makan-makan yang telah disediakan oleh pihak sekolah.Pihak sekolah telah meraikan program ini dengan menyembelih seekor lembu untuk dijadikan jamuan kepada para ibu bapa,guru dan para pelajar.Alhamdulillah dengan kerjasama semua pihak,majlis ini telah berlangsung dengan jayanya.
Kedatangan ibu bapa.
Pendaftaran.
0 ulasan:
Catat Ulasan