Pages

 

Selasa, 25 Julai 2017

QIIYAMULLAIL PERDANA SIRI 1 & 2

0 ulasan
- Unit Kecemerlangan & Badan Dakwah Sekolah telah berkerjasama dalam penganjuran program berbentuk pentarbiahan kepada para pelajar khusus dalam semua aspek. Lantaran itu, telah dianjurkan Program Qiyamullail Perdana bertempat di kompleks SMU(A) Ismailiah Binjai Manis.

Program ini terbahagi kepada 2 Fasa perlaksanaannya yang mana melibatkan semua pelajar baik lelaki baik perempuan dari Tingkatan 1 hingga 6 . Sepanjang program ini berlangsung semua pelajar diwajibkan untuk menginap di sekolah.

Berikut adalah butiran program :

Fasa 1 : Muslimat ( Tingkatan 1 - 6 )
Fasa 2 : Muslimin ( Tingkatan 1 - 6 )

Bermula program ini pada petang Khamis jam 5.00 petang dengan pendaftaran pelajar dan disusuli dengan taklimat daripada guru tentang perjalanan program qiyamullail ini. Para pelajar diwajibkan untuk menunaikan solat fardhu secara berjemaah dan pada hening paginya (jam 4.00 pagi) semua pelajar dikehendaki untuk bangun dan bersiap untuk melaksanakan ibadah Qiyamullail diimami oleh wakil pelajar yang telah ditaklifkan.

Seusai solat Subuh Berjemaah para pelajar disajikan dengan Tausiah oleh wakil guru yang ditaklifkan serta pada waktu dhuhanya dilaksanakan Solat Sunat Dhuha secara jemaah diimami oleh pelajar yang bertugas. 

Pada kemuncaknya pukul 9.00 pagi, para pelajar sekali lagi disajikan dengan sedikit motivasi daripada pakar motivasi jemputan untuk memberi pendedahan dan pencerahan kepada pelajar supaya mempunyai jati diri laksana muslim sejati.

Akhirnya, program ini melabuhkan tirainya dengan perasmian penutup oleh tuan pengetua SMU (A) Ismailiah Binjai Manis. Seusai majlis perasmian semua pelajar bersurai.

Sekian, dilaporkan... 


Unit Multimedia & IT SMUAI




0 ulasan:

Catat Ulasan