Pages

 

Isnin, 24 Julai 2017

TEMASYA SUKAN PERINGKAT SEKOLAH 2017

0 ulasan
SELASA (28/2/2017) - Sebagaimana biasa setiap tahun akan diadakan Temasya Sukan Peringkat Sekolah yang mana melibatkan semua guru dan pelajar SMU(A) Ismailiah Binjai Manis. 

Antara permainan yang dipertandingkan adalah seperti berikut :

-Sepak Takraw
-Bola Tampar
-Bola Sepak
-Badminton
-Ping-Pong
-Bola Keranjang

Antara permainan sukaneka yang dipertandingkan adalah seperti berikut :

-Bawa Bola Ping-Pong dalam sudu
-Isi air dalam botol
-Berebut Kerusi
-Tarik Tali

Temasya Sukan Peringkat SMU(A) Ismailiah kali ini berlangsung selama 3 Hari bermula dengan Pusingan Saringan selama 2 hari manakala hari kemuncaknya pada hari Selasa (28/2/2017). Temasya kali ini melibatakan sebanyak 4 jenis rumah sukan iaitu :

-Hijau
-Kuning
-Biru
-Merah

Temasya kali ini melabuhkan tirai dengan Larian Merentas Desa pada hari kemuncaknya yang mana melibatkan semua pelajar dari Tingkatan 1 - 6 . Pada tahun ini, pasukan daripada Rumah Hijau telah merangkul kemenangan dalam banyak permainan yang dipertandingkan sekali gus dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan.

Sekian, dilaporkan...

Unit Multimedia & IT  SMUAI

0 ulasan:

Catat Ulasan