Pages

 

Isnin, 31 Julai 2017

SEMINAR STAM 2017 (ANJURAN YIK)

0 ulasan

-Unit Peperiksaan & Akademik baru-baru ini dengan kerjasama anjuran Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah menghantar kesemua calon bagi peperiksaan awam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bertempat di Pusat Tarbiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa.

Program ini merupakan inisiatif YIK bagi memacu kecemerlangan pelajar dibawah kelolaan YIK mencapai kecemerlangan dalam semua bidang aspek, khususnya akademik. Justeru itu, Seminar STAM ini dianjurkan dengan penglibatan dari seluruh sekolah YIK di negeri Kelantan.

Lantaran itu, SMU (A)Ismailiah Binjai Manis juga turut terlibat bagi menjayakan program ini dengan menghantar seramai 45 orang calon yang bakal menduduki peperiksaan ini. Program ini bermula dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Seminar ini mengfokuskan kepada setiap subjek STAM dengan penerangan daripada guru-guru STAM di seluruh negeri Kelantan.


Sekian, dilaporkan….

Unit Multimedia & IT SMUAI

0 ulasan:

Catat Ulasan