Pages

 

Isnin, 14 Ogos 2017

SMUAI IN NEW SCENE ( IN PROCESS )

0 ulasan
PAGAR SEKOLAH


 



NAMA SEKOLAH


 



DEWAN MAKAN THOLIBAT


 



REPAINT PINTU KELAS


 



MURAL TANGGA PEJABAT


 



PANDANGAN DARI BELAKANG PENTAS UTAMA THOBUR


 



RENOVATE TANDAS PELAJAR








UNIT MULTIMEDIA & IT SMUAI




Read more...

Jumaat, 11 Ogos 2017

HUBUNGI KAMI

0 ulasan
KLIK LINK DI BAWAH INI :

SMU (A) ISMAILIAH BINJAI MANIS


Unit Multimedia & IT SMUAI
Read more...

PENTAS UTAMA PERHIMPUNAN (REDECO)

0 ulasan


PENTAS UTAMA PERHIMPUNAN (REDECO)


SEBELUM

Pandangan Dari Hadapan



Pandangan Dari Belakang


SELEPAS

Pandangan Dari Hadapan

Unit Multimedia & IT SMUAI
Read more...

Isnin, 7 Ogos 2017

MAKING OF MURAL ART

0 ulasan
Making Of Mural Art

Kaligrafi Khat 

Sebelum

Proses Lakaran Kaligrafi Khat

Proses Lakaran Kaligari Khat

Proses Mengecat Lakaran Kaligrafi Khat




Selepas

Hasil Kaligrafi Khat 


Lukisan Mural

Sebelum

Proses Lakaran Mural


Selepas

Hasil Mural

Sekian, dilaporkan....

Unit Multimedia & IT SMUAI


Read more...

SEMINAR SPM ( PSI & PQS )

0 ulasan
Sabtu (5/7/2017) - Kesinambungan daripada Perkampungan Ilmiah tersebut, Unit Akademik & Peperiksaan SMUAI dengan kerjasama Yayasan Islam Kelantan telah menganjurkan Seminar Berkelompok SPM bagi peringkat Pasir Mas.

Seminar kali ini memfokuskan kepada penerangan bagi subjek Pendidikan Syariah Islamiah (PSI) & Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah (PQS). Antara pembentangnya terdiri daripada guru-guru pakar bagi subjek tersebut.

Antara sekolah yang terlibat adalah SMU(A) Ismailiah Binjai Manis selaku tuan rumah, SMU(A) Banggol Setol & Maahad Muhammadi Pasir Mas.

Sekian, dilaporkan....

Unit Multimedia & IT SMUAI


Read more...

PERKAMPUNGAN ILMIAH PT3, SMU, SPM & STAM (FASA 2)

0 ulasan
Khamis(3/8/2017) - Sabtu (5/8/2017) - Atas permintaan pelajar dan guru-guru, Unit Akademik bekerjasama dengan Unit Peperiksaan sekali lagi telah menganjurkan Perkampungan Ilmiah PT3, SMU, SPM & STAM (FASA KE-2) . 

Uniknya kali ini, setiap pelajar diwajibkan hadir seawal jam 8.00 pagi hingga jam 11.30 malam akan tetapi tidak dibenarkan menginap di sekolah, menginap di rumah masing-masing...

Pelajar yang terlbat adalah seramai 100 orang, terdiri daripada Kelas 3 Bukhari, 4 Bukhari, 5 Bukhari dan 6 Bukhari.. Program ini bertujuan untuk memberi penekanan kepada pelajar tentang teknik-teknik untuk menjawab soalan peperiksaan nanti serta untuk menghabiskan sukatan pembelajaran.

Para pelajar yang terlibat diwajibkan hadir Kelas Intensif seawal jam 8.00 mengikut jadual yang telah disusun oleh Unit Akademik & Unit Peperiksaan.

Sekian, dilaporkan...........


Unit Multimedia & IT SMUAI
Read more...

Rabu, 2 Ogos 2017

PERKAMPUNGAN ILMIAH PT3, SPM, STAM FASA 1

0 ulasan
-Unit Kecemerlangan & Unit Peperiksaan sentiasa memastikan kecemerlangan pelajar dari sudut akademik. Lantaran itu, Unit Kecemerlangan & Unit Peperiksaan telah merangka dan menganjurkan sebuah program yang diberi nama "Perkampungan PT3, SPM, STAM"

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar supaya sempat menghabiskan sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran yang dipelajari. Serta memberi peluang kepada pelajar untuk terus mengasah kemahiran dalam memahami setiap subjek yang dipelajari mereka selama ini .

Program ini diadakan selama 3 hari bermula petang Khamis hingga Sabtu yang mana melibatkan semua pelajar Tingkatan 3, 5 dan 6. Sepanjang program ini semua pelajar dikehendaki untuk mengikuti kelas intensif bagi setiap subjek..

Sekian, dilaporkan.....

Unit Multimedia & IT SMUAI 
Read more...

SEMINAR SPM

0 ulasan
                                   
                                     SEMINAR SPM BERKELOMPOK


Antara Objektif Seminar ini diadakan adalah seperti berikut :

1. Memberi pendedahan tentang teknik menjawab soalan yang betul dan tepat.

2. Memupuk pelajar agar mengamalkan pembelajaran yang berteraskan
peperiksaan.

3. Memberi motivasi dan keyakinan diri untuk memantapkan lagi persediaan minda
menjelang peperiksaan.

4. Membentuk jati diri yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.


Berikut adalah butiran peserta seminar ini :

Pelajar Tingkatan Lima (5) SMU (A) Ismailiah Binjai Manis Pasir Mas – Seramai 46
Orang.

Pelajar Tingkatan Lima (5) SMU (A) Khairiah Banggol Setol – Seramai 28 Orang.

Pelajar Tingkatan Lima (5) SMU (A) Tarbiah Diniah To’ uban – seramai 42 orang.


Seminar SPM kali ini dibawah anjuran :

Unit Kurikulum  Umum YIK bersama SMU(A) Ismailiah Binjai Manis Pasir Mas


Berikut adalah Tentatif Seminar :

07 JULAI  2017 ( JUMAAT )

08.00 Pagi – 08.30 Pagi   Pendaftaran
08.30 Pagi – 10.30 Pagi   Bengkel dan teknik menjawab BAHASA MELAYU 
                                      Oleh : CG.MOHD NOOR HASYIM B ISMAIL (SMP PASIR 
                                               MAS)
10.45 Pagi – 12.45 Tgh    Bengkel dan teknik menjawab BAHASA INGGERIS
                                      Oleh: NOR BAIZURA BT JASMIN (SMKA LATI)

08 JULAI  2017 ( SABTU )

08.15 Pagi – 08.45 Pagi   Pendaftaran
08.45 Pagi – 10.45 Pagi   Bengkel dan teknik menjawab PERDAGANGAN
    Oleh : CG. MOHD KHAIRUDDIN B TAHAR (SMK       SERING KOTA BHARU)
11.15 Pagi – 01.15 Ptg    Bengkel dan teknik menjawab SAINS
                                     Oleh :  MARWIYAH BT HJ.PERWIRA (MMLP)
01.15 Ptg – 02.30 Ptg     Rehat / Solat Zuhur
02.30 Ptg  04.30 Ptg     Bengkel dan teknik menjawab MATEMATIK
                                     Oleh :  (MMPM)

15 JULAI  2017 ( SABTU )

08.15 Pagi – 08.45 Pagi   Pendaftaran
08.45 Pagi – 10.45 Pagi   Bengkel dan teknik menjawab BAHASA ARAB
                                     OLEH : UST.RAZALI B UMAR (MML KOTA BHARU)
10.45 Pagi – 11.45 Pagi   Rehat
11.15 Pagi – 01.15 Ptg    Bengkel dan teknik menjawab SEJARAH
                                     OLEH : CG.HASNAN B YUSOFF (MPI)


Senarai Penceramah Seminar SPM kali ini :

BIL
MATA PELAJARAN
NAMA
NAMA SEKOLAH/ PEJABAT
1
SEJARAH
CG.HASNAN B YUSOFF
MPI
2
BAHASA MELAYU
CG.MOHD NOOR HASYIM B ISMAIL
SMP PASIR MAS
3
BAHASA INGGERIS
NOOR BAIZURA BT JASMIN
SMKA LATI
4
SAINS
CG. MARWIYAH BT HJ.PERWIRA
MML
5
BAHASA ARAB
UST.RAZALI B UMAR
MML KOTA BHARU
6
PERDAGANGAN
CG. MOHD KHAIRUDDIN B TAHAR
SMK SERING KOTA BHARU
7
MATEMATIK
CG. MOHD FAKHRI B AWANG
SMU(A) AL-KAUTHAR


Unit Multimedia & IT SMUAI
Read more...

SAMBUTAN HARI LEBARAN PERINGKAT SEKOLAH

0 ulasan

SAMBUTAN HARI LEBARAN PERINGKAT SEKOLAH

Khamis (7/7/2017) - Setiap kali menjelang Ramadhan maka akan muncullah Syawal yang memberi kegembiraan kepada mereka yang telah menyempurnakan ibadat puasa selama sebulan di bulan yang penuh barakah yakni bulan Ramadhan.

Bersempena dengan itu, pihak sekolah juga tidak terlepas juga untuk menganjurkan sambutan hari raya peringkat sekolah melibatkan semua warga SMU(A) Ismailiah Binjai Manis. Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dan guru.

Program bermula dengan perhimpunan pagi dan bacaan Al-quran daripada pelajar yang telah ditaklifkan. Seusai bacaan Al-Quran, setiap wakil dari tingkatan tampil memberi ucapan hari raya, seterusnya ucapan daripada wakil guru lelaki dan perempuan.


Perhimpunan berakhir dengan para pelajar bersalaman dan bermaafan dengan para guru. Sambil bersalaman, para pelajar turut menerima sedikit duit raya daripada pihak sekolah yang diwakili oleh mudir.

Selepas perhimpunan berakhir, semua warga menjamu selera. Uniknya, jamuan kali ini disediakan oleh setiap tingkatan, ada yang menyediakan jamuan ala-ala western ada juga tradisional. Setiap dari guru akan menziarahi setiap tingkatan bagi merasa serba sedikit keenakkan makanan yang disediakan oleh para pelajar.

Selesai sahaja solat zohor berjemaah para pelajar dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing.

Sekian, dilaporkan….
Unit Multimedia & IT SMUAI




Read more...

HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

0 ulasan

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SMUAI

(28/2/2017) - Pihak sekolah telah menganjurkan Sambutan Hari Guru bersempena meraikan para guru yang selama ini berpenat lelah dalam mencurahkan ilmu kepada anak didik mereka.

Program ini juga antara acara tahunan pihak sekolah dalam memastikan semua warga SMUAI sentiasa diisi dengan program-program berbentuk keakraban antara warga SMUAI.


Program ini bermula seawal pagi seusainya perhimpunan pagi. Selesainya perhimpunan pagi para guru melakukan perarakan menuju ke dewan bagi majlis perasmian oleh mudir SMUAI. Diserikan lagi dengan ucapan hari guru daripada wakil setiap tingkatan serta persembahan oleh wakil pelajar. 


Sambutan kali ini juga dimeriahkan lagi dengan penglibatan para guru dalam acara-acara yang telah disusun bagi meraikan mereka. Para guru juga telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 

Antara acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut :

1. BowlingKelapa
2. Isi air dalam botol
3. Mengupas Mempelam
4. Bawa bola ping-pong dalam sudu
5. Lastik cawan 
6. dan banyak lagi...


Sambutan Hari Guru sampai kemuncaknya dengan Majlis Penutup oleh Mudir dan Penyampaian Cenderahati kepada para guru. Sambutan Hari Guru melabuhkan tirainya dengan acara bersalaman dan bermaafan antara guru dan para pelajar.



Selamat Hari Guru Buat Semua Guru SMUAI

Sekian, dilaporkan....

Unit Multimedia & IT SMUAI

Read more...