Pages

 

Rabu, 2 Ogos 2017

HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

0 ulasan

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SMUAI

(28/2/2017) - Pihak sekolah telah menganjurkan Sambutan Hari Guru bersempena meraikan para guru yang selama ini berpenat lelah dalam mencurahkan ilmu kepada anak didik mereka.

Program ini juga antara acara tahunan pihak sekolah dalam memastikan semua warga SMUAI sentiasa diisi dengan program-program berbentuk keakraban antara warga SMUAI.


Program ini bermula seawal pagi seusainya perhimpunan pagi. Selesainya perhimpunan pagi para guru melakukan perarakan menuju ke dewan bagi majlis perasmian oleh mudir SMUAI. Diserikan lagi dengan ucapan hari guru daripada wakil setiap tingkatan serta persembahan oleh wakil pelajar. 


Sambutan kali ini juga dimeriahkan lagi dengan penglibatan para guru dalam acara-acara yang telah disusun bagi meraikan mereka. Para guru juga telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 

Antara acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut :

1. BowlingKelapa
2. Isi air dalam botol
3. Mengupas Mempelam
4. Bawa bola ping-pong dalam sudu
5. Lastik cawan 
6. dan banyak lagi...


Sambutan Hari Guru sampai kemuncaknya dengan Majlis Penutup oleh Mudir dan Penyampaian Cenderahati kepada para guru. Sambutan Hari Guru melabuhkan tirainya dengan acara bersalaman dan bermaafan antara guru dan para pelajar.



Selamat Hari Guru Buat Semua Guru SMUAI

Sekian, dilaporkan....

Unit Multimedia & IT SMUAI

0 ulasan:

Catat Ulasan