Pages

 

Isnin, 7 Ogos 2017

PERKAMPUNGAN ILMIAH PT3, SMU, SPM & STAM (FASA 2)

0 ulasan
Khamis(3/8/2017) - Sabtu (5/8/2017) - Atas permintaan pelajar dan guru-guru, Unit Akademik bekerjasama dengan Unit Peperiksaan sekali lagi telah menganjurkan Perkampungan Ilmiah PT3, SMU, SPM & STAM (FASA KE-2) . 

Uniknya kali ini, setiap pelajar diwajibkan hadir seawal jam 8.00 pagi hingga jam 11.30 malam akan tetapi tidak dibenarkan menginap di sekolah, menginap di rumah masing-masing...

Pelajar yang terlbat adalah seramai 100 orang, terdiri daripada Kelas 3 Bukhari, 4 Bukhari, 5 Bukhari dan 6 Bukhari.. Program ini bertujuan untuk memberi penekanan kepada pelajar tentang teknik-teknik untuk menjawab soalan peperiksaan nanti serta untuk menghabiskan sukatan pembelajaran.

Para pelajar yang terlibat diwajibkan hadir Kelas Intensif seawal jam 8.00 mengikut jadual yang telah disusun oleh Unit Akademik & Unit Peperiksaan.

Sekian, dilaporkan...........


Unit Multimedia & IT SMUAI

0 ulasan:

Catat Ulasan