Pages

 

Rabu, 2 Ogos 2017

SAMBUTAN HARI LEBARAN PERINGKAT SEKOLAH

0 ulasan

SAMBUTAN HARI LEBARAN PERINGKAT SEKOLAH

Khamis (7/7/2017) - Setiap kali menjelang Ramadhan maka akan muncullah Syawal yang memberi kegembiraan kepada mereka yang telah menyempurnakan ibadat puasa selama sebulan di bulan yang penuh barakah yakni bulan Ramadhan.

Bersempena dengan itu, pihak sekolah juga tidak terlepas juga untuk menganjurkan sambutan hari raya peringkat sekolah melibatkan semua warga SMU(A) Ismailiah Binjai Manis. Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dan guru.

Program bermula dengan perhimpunan pagi dan bacaan Al-quran daripada pelajar yang telah ditaklifkan. Seusai bacaan Al-Quran, setiap wakil dari tingkatan tampil memberi ucapan hari raya, seterusnya ucapan daripada wakil guru lelaki dan perempuan.


Perhimpunan berakhir dengan para pelajar bersalaman dan bermaafan dengan para guru. Sambil bersalaman, para pelajar turut menerima sedikit duit raya daripada pihak sekolah yang diwakili oleh mudir.

Selepas perhimpunan berakhir, semua warga menjamu selera. Uniknya, jamuan kali ini disediakan oleh setiap tingkatan, ada yang menyediakan jamuan ala-ala western ada juga tradisional. Setiap dari guru akan menziarahi setiap tingkatan bagi merasa serba sedikit keenakkan makanan yang disediakan oleh para pelajar.

Selesai sahaja solat zohor berjemaah para pelajar dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing.

Sekian, dilaporkan….
Unit Multimedia & IT SMUAI




0 ulasan:

Catat Ulasan