Pages

 

Rabu, 2 Ogos 2017

PERKAMPUNGAN ILMIAH PT3, SPM, STAM FASA 1

0 ulasan
-Unit Kecemerlangan & Unit Peperiksaan sentiasa memastikan kecemerlangan pelajar dari sudut akademik. Lantaran itu, Unit Kecemerlangan & Unit Peperiksaan telah merangka dan menganjurkan sebuah program yang diberi nama "Perkampungan PT3, SPM, STAM"

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar supaya sempat menghabiskan sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran yang dipelajari. Serta memberi peluang kepada pelajar untuk terus mengasah kemahiran dalam memahami setiap subjek yang dipelajari mereka selama ini .

Program ini diadakan selama 3 hari bermula petang Khamis hingga Sabtu yang mana melibatkan semua pelajar Tingkatan 3, 5 dan 6. Sepanjang program ini semua pelajar dikehendaki untuk mengikuti kelas intensif bagi setiap subjek..

Sekian, dilaporkan.....

Unit Multimedia & IT SMUAI 

0 ulasan:

Catat Ulasan