Pages

 

Selasa, 17 Oktober 2017

MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YAASIN, CERAMAH MOTIVASI & PEMBAHAGIAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN

0 ulasan
RABU ( 4 OKT 2017 ) - Pihak sekolah sekali lagi telah mengadakan Majlis Solat Hajat Perdana khususnya untuk para pelajar yang bakal menempuh peperiksaan besar iaitu pelajar PT3, SMU, SPM dan STAM pada tahun ini. 


Pelajar Lelaki


Disamping itu juga, diselitkan juga Majlis Bacaan Yaasin beramai-ramai dan juga diserikan lagi dengan sedikit Penyampaian Ceramah Motivasi buat para calon peperiksaan PT3, SMU, SPM dan STAM yang bakal menempuhnya tidak lama lagi..


Pelajar perempuan


Dan diakhiri majlis ini, dengan Majlis Penyerahan / Pembahagian Keputusan Peperiksaan Percubaan kepada para waris pelajar.. Yang mana majlis kali dimeriahkan lagi dengan kehadiran para ibubapa, waris atau penjaga para pelajar tersebut..


Surat Jemputan buat Ibu Bapa / Penjaga



Read more...

Isnin, 14 Ogos 2017

SMUAI IN NEW SCENE ( IN PROCESS )

0 ulasan
PAGAR SEKOLAH


 



NAMA SEKOLAH


 



DEWAN MAKAN THOLIBAT


 



REPAINT PINTU KELAS


 



MURAL TANGGA PEJABAT


 



PANDANGAN DARI BELAKANG PENTAS UTAMA THOBUR


 



RENOVATE TANDAS PELAJAR








UNIT MULTIMEDIA & IT SMUAI




Read more...

Jumaat, 11 Ogos 2017

HUBUNGI KAMI

0 ulasan
KLIK LINK DI BAWAH INI :

SMU (A) ISMAILIAH BINJAI MANIS


Unit Multimedia & IT SMUAI
Read more...

PENTAS UTAMA PERHIMPUNAN (REDECO)

0 ulasan


PENTAS UTAMA PERHIMPUNAN (REDECO)


SEBELUM

Pandangan Dari Hadapan



Pandangan Dari Belakang


SELEPAS

Pandangan Dari Hadapan

Unit Multimedia & IT SMUAI
Read more...

Isnin, 7 Ogos 2017

MAKING OF MURAL ART

0 ulasan
Making Of Mural Art

Kaligrafi Khat 

Sebelum

Proses Lakaran Kaligrafi Khat

Proses Lakaran Kaligari Khat

Proses Mengecat Lakaran Kaligrafi Khat




Selepas

Hasil Kaligrafi Khat 


Lukisan Mural

Sebelum

Proses Lakaran Mural


Selepas

Hasil Mural

Sekian, dilaporkan....

Unit Multimedia & IT SMUAI


Read more...

SEMINAR SPM ( PSI & PQS )

0 ulasan
Sabtu (5/7/2017) - Kesinambungan daripada Perkampungan Ilmiah tersebut, Unit Akademik & Peperiksaan SMUAI dengan kerjasama Yayasan Islam Kelantan telah menganjurkan Seminar Berkelompok SPM bagi peringkat Pasir Mas.

Seminar kali ini memfokuskan kepada penerangan bagi subjek Pendidikan Syariah Islamiah (PSI) & Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah (PQS). Antara pembentangnya terdiri daripada guru-guru pakar bagi subjek tersebut.

Antara sekolah yang terlibat adalah SMU(A) Ismailiah Binjai Manis selaku tuan rumah, SMU(A) Banggol Setol & Maahad Muhammadi Pasir Mas.

Sekian, dilaporkan....

Unit Multimedia & IT SMUAI


Read more...

PERKAMPUNGAN ILMIAH PT3, SMU, SPM & STAM (FASA 2)

0 ulasan
Khamis(3/8/2017) - Sabtu (5/8/2017) - Atas permintaan pelajar dan guru-guru, Unit Akademik bekerjasama dengan Unit Peperiksaan sekali lagi telah menganjurkan Perkampungan Ilmiah PT3, SMU, SPM & STAM (FASA KE-2) . 

Uniknya kali ini, setiap pelajar diwajibkan hadir seawal jam 8.00 pagi hingga jam 11.30 malam akan tetapi tidak dibenarkan menginap di sekolah, menginap di rumah masing-masing...

Pelajar yang terlbat adalah seramai 100 orang, terdiri daripada Kelas 3 Bukhari, 4 Bukhari, 5 Bukhari dan 6 Bukhari.. Program ini bertujuan untuk memberi penekanan kepada pelajar tentang teknik-teknik untuk menjawab soalan peperiksaan nanti serta untuk menghabiskan sukatan pembelajaran.

Para pelajar yang terlibat diwajibkan hadir Kelas Intensif seawal jam 8.00 mengikut jadual yang telah disusun oleh Unit Akademik & Unit Peperiksaan.

Sekian, dilaporkan...........


Unit Multimedia & IT SMUAI
Read more...

Rabu, 2 Ogos 2017

PERKAMPUNGAN ILMIAH PT3, SPM, STAM FASA 1

0 ulasan
-Unit Kecemerlangan & Unit Peperiksaan sentiasa memastikan kecemerlangan pelajar dari sudut akademik. Lantaran itu, Unit Kecemerlangan & Unit Peperiksaan telah merangka dan menganjurkan sebuah program yang diberi nama "Perkampungan PT3, SPM, STAM"

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar supaya sempat menghabiskan sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran yang dipelajari. Serta memberi peluang kepada pelajar untuk terus mengasah kemahiran dalam memahami setiap subjek yang dipelajari mereka selama ini .

Program ini diadakan selama 3 hari bermula petang Khamis hingga Sabtu yang mana melibatkan semua pelajar Tingkatan 3, 5 dan 6. Sepanjang program ini semua pelajar dikehendaki untuk mengikuti kelas intensif bagi setiap subjek..

Sekian, dilaporkan.....

Unit Multimedia & IT SMUAI 
Read more...

SEMINAR SPM

0 ulasan
                                   
                                     SEMINAR SPM BERKELOMPOK


Antara Objektif Seminar ini diadakan adalah seperti berikut :

1. Memberi pendedahan tentang teknik menjawab soalan yang betul dan tepat.

2. Memupuk pelajar agar mengamalkan pembelajaran yang berteraskan
peperiksaan.

3. Memberi motivasi dan keyakinan diri untuk memantapkan lagi persediaan minda
menjelang peperiksaan.

4. Membentuk jati diri yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.


Berikut adalah butiran peserta seminar ini :

Pelajar Tingkatan Lima (5) SMU (A) Ismailiah Binjai Manis Pasir Mas – Seramai 46
Orang.

Pelajar Tingkatan Lima (5) SMU (A) Khairiah Banggol Setol – Seramai 28 Orang.

Pelajar Tingkatan Lima (5) SMU (A) Tarbiah Diniah To’ uban – seramai 42 orang.


Seminar SPM kali ini dibawah anjuran :

Unit Kurikulum  Umum YIK bersama SMU(A) Ismailiah Binjai Manis Pasir Mas


Berikut adalah Tentatif Seminar :

07 JULAI  2017 ( JUMAAT )

08.00 Pagi – 08.30 Pagi   Pendaftaran
08.30 Pagi – 10.30 Pagi   Bengkel dan teknik menjawab BAHASA MELAYU 
                                      Oleh : CG.MOHD NOOR HASYIM B ISMAIL (SMP PASIR 
                                               MAS)
10.45 Pagi – 12.45 Tgh    Bengkel dan teknik menjawab BAHASA INGGERIS
                                      Oleh: NOR BAIZURA BT JASMIN (SMKA LATI)

08 JULAI  2017 ( SABTU )

08.15 Pagi – 08.45 Pagi   Pendaftaran
08.45 Pagi – 10.45 Pagi   Bengkel dan teknik menjawab PERDAGANGAN
    Oleh : CG. MOHD KHAIRUDDIN B TAHAR (SMK       SERING KOTA BHARU)
11.15 Pagi – 01.15 Ptg    Bengkel dan teknik menjawab SAINS
                                     Oleh :  MARWIYAH BT HJ.PERWIRA (MMLP)
01.15 Ptg – 02.30 Ptg     Rehat / Solat Zuhur
02.30 Ptg  04.30 Ptg     Bengkel dan teknik menjawab MATEMATIK
                                     Oleh :  (MMPM)

15 JULAI  2017 ( SABTU )

08.15 Pagi – 08.45 Pagi   Pendaftaran
08.45 Pagi – 10.45 Pagi   Bengkel dan teknik menjawab BAHASA ARAB
                                     OLEH : UST.RAZALI B UMAR (MML KOTA BHARU)
10.45 Pagi – 11.45 Pagi   Rehat
11.15 Pagi – 01.15 Ptg    Bengkel dan teknik menjawab SEJARAH
                                     OLEH : CG.HASNAN B YUSOFF (MPI)


Senarai Penceramah Seminar SPM kali ini :

BIL
MATA PELAJARAN
NAMA
NAMA SEKOLAH/ PEJABAT
1
SEJARAH
CG.HASNAN B YUSOFF
MPI
2
BAHASA MELAYU
CG.MOHD NOOR HASYIM B ISMAIL
SMP PASIR MAS
3
BAHASA INGGERIS
NOOR BAIZURA BT JASMIN
SMKA LATI
4
SAINS
CG. MARWIYAH BT HJ.PERWIRA
MML
5
BAHASA ARAB
UST.RAZALI B UMAR
MML KOTA BHARU
6
PERDAGANGAN
CG. MOHD KHAIRUDDIN B TAHAR
SMK SERING KOTA BHARU
7
MATEMATIK
CG. MOHD FAKHRI B AWANG
SMU(A) AL-KAUTHAR


Unit Multimedia & IT SMUAI
Read more...

SAMBUTAN HARI LEBARAN PERINGKAT SEKOLAH

0 ulasan

SAMBUTAN HARI LEBARAN PERINGKAT SEKOLAH

Khamis (7/7/2017) - Setiap kali menjelang Ramadhan maka akan muncullah Syawal yang memberi kegembiraan kepada mereka yang telah menyempurnakan ibadat puasa selama sebulan di bulan yang penuh barakah yakni bulan Ramadhan.

Bersempena dengan itu, pihak sekolah juga tidak terlepas juga untuk menganjurkan sambutan hari raya peringkat sekolah melibatkan semua warga SMU(A) Ismailiah Binjai Manis. Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dan guru.

Program bermula dengan perhimpunan pagi dan bacaan Al-quran daripada pelajar yang telah ditaklifkan. Seusai bacaan Al-Quran, setiap wakil dari tingkatan tampil memberi ucapan hari raya, seterusnya ucapan daripada wakil guru lelaki dan perempuan.


Perhimpunan berakhir dengan para pelajar bersalaman dan bermaafan dengan para guru. Sambil bersalaman, para pelajar turut menerima sedikit duit raya daripada pihak sekolah yang diwakili oleh mudir.

Selepas perhimpunan berakhir, semua warga menjamu selera. Uniknya, jamuan kali ini disediakan oleh setiap tingkatan, ada yang menyediakan jamuan ala-ala western ada juga tradisional. Setiap dari guru akan menziarahi setiap tingkatan bagi merasa serba sedikit keenakkan makanan yang disediakan oleh para pelajar.

Selesai sahaja solat zohor berjemaah para pelajar dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing.

Sekian, dilaporkan….
Unit Multimedia & IT SMUAI




Read more...

HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

0 ulasan

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SMUAI

(28/2/2017) - Pihak sekolah telah menganjurkan Sambutan Hari Guru bersempena meraikan para guru yang selama ini berpenat lelah dalam mencurahkan ilmu kepada anak didik mereka.

Program ini juga antara acara tahunan pihak sekolah dalam memastikan semua warga SMUAI sentiasa diisi dengan program-program berbentuk keakraban antara warga SMUAI.


Program ini bermula seawal pagi seusainya perhimpunan pagi. Selesainya perhimpunan pagi para guru melakukan perarakan menuju ke dewan bagi majlis perasmian oleh mudir SMUAI. Diserikan lagi dengan ucapan hari guru daripada wakil setiap tingkatan serta persembahan oleh wakil pelajar. 


Sambutan kali ini juga dimeriahkan lagi dengan penglibatan para guru dalam acara-acara yang telah disusun bagi meraikan mereka. Para guru juga telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 

Antara acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut :

1. BowlingKelapa
2. Isi air dalam botol
3. Mengupas Mempelam
4. Bawa bola ping-pong dalam sudu
5. Lastik cawan 
6. dan banyak lagi...


Sambutan Hari Guru sampai kemuncaknya dengan Majlis Penutup oleh Mudir dan Penyampaian Cenderahati kepada para guru. Sambutan Hari Guru melabuhkan tirainya dengan acara bersalaman dan bermaafan antara guru dan para pelajar.



Selamat Hari Guru Buat Semua Guru SMUAI

Sekian, dilaporkan....

Unit Multimedia & IT SMUAI

Read more...

Isnin, 31 Julai 2017

GURU PENASIHAT BADAN BERUNIFORM

0 ulasan


GURU PENASIHAT BADAN BERUNIFORM

1.  ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM)
  • Ustaz Nasir bin Mamat

2.  BULAN SABIT MERAH (BSM)
  • Cikgu Thayibah Suhada binti Sa’ari
  • Ustazah Salmaniah binti Ramli

3.  PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM)
  • Nor Ikhwani binti Rosli

4.  BRIGED BAKTI REMAJA MALAYSIA (BBRM)
  • Ustaz Wan Mohamad bin Ismail

Unit Multimedia & IT SMUAI
Read more...

GURU PENASIHAT KELAB / PERSATUAN

0 ulasan


GURU PENASIHAT KELAB / PERSATUAN

1.   PERSATUAN BAHASA MELAYU
  • Cikgu Farhanan binti Abd Aziz
  • Cikgu Azmawati binti Mohd Nor

2.   PERSATUAN BAHASA ARAB
  • Ustazah Noor Rasyidah binti Mujahid
  • Ustazah Wan Nur Amirah binti Wan Yusof

3.   PERSATUAN BAHASA INGGERIS
  • Teacher Zurina binti Hussin
  • Teacher Liley Salwani binti Salahuddin

4.   PERSATUAN MATEMATIK & SAINS
  • Teacher Nor Raihan binti Abd Gehani
  • Cikgu Azeantie binti Abd Wahid

5.   KELAB TILAWAH & TAHFIZ
  • Ustaz Zulkernain bin Tajuddin
  • Ustaz Amir Syarifuddin bin Ismail

6.   KELAB NASYID
  • Ustaz Azan bin Ab Rahman
  • Ustaz Wan Rosli bin Wan Mahmud



Unit Multimedia & IT SMUAI
Read more...

SEMINAR STAM 2017 (ANJURAN YIK)

0 ulasan

-Unit Peperiksaan & Akademik baru-baru ini dengan kerjasama anjuran Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah menghantar kesemua calon bagi peperiksaan awam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bertempat di Pusat Tarbiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa.

Program ini merupakan inisiatif YIK bagi memacu kecemerlangan pelajar dibawah kelolaan YIK mencapai kecemerlangan dalam semua bidang aspek, khususnya akademik. Justeru itu, Seminar STAM ini dianjurkan dengan penglibatan dari seluruh sekolah YIK di negeri Kelantan.

Lantaran itu, SMU (A)Ismailiah Binjai Manis juga turut terlibat bagi menjayakan program ini dengan menghantar seramai 45 orang calon yang bakal menduduki peperiksaan ini. Program ini bermula dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Seminar ini mengfokuskan kepada setiap subjek STAM dengan penerangan daripada guru-guru STAM di seluruh negeri Kelantan.


Sekian, dilaporkan….

Unit Multimedia & IT SMUAI
Read more...

Sabtu, 29 Julai 2017

VISI & MISI

0 ulasan



Read more...

TAQWIM

0 ulasan

Read more...

Selasa, 25 Julai 2017

QIIYAMULLAIL PERDANA SIRI 1 & 2

0 ulasan
- Unit Kecemerlangan & Badan Dakwah Sekolah telah berkerjasama dalam penganjuran program berbentuk pentarbiahan kepada para pelajar khusus dalam semua aspek. Lantaran itu, telah dianjurkan Program Qiyamullail Perdana bertempat di kompleks SMU(A) Ismailiah Binjai Manis.

Program ini terbahagi kepada 2 Fasa perlaksanaannya yang mana melibatkan semua pelajar baik lelaki baik perempuan dari Tingkatan 1 hingga 6 . Sepanjang program ini berlangsung semua pelajar diwajibkan untuk menginap di sekolah.

Berikut adalah butiran program :

Fasa 1 : Muslimat ( Tingkatan 1 - 6 )
Fasa 2 : Muslimin ( Tingkatan 1 - 6 )

Bermula program ini pada petang Khamis jam 5.00 petang dengan pendaftaran pelajar dan disusuli dengan taklimat daripada guru tentang perjalanan program qiyamullail ini. Para pelajar diwajibkan untuk menunaikan solat fardhu secara berjemaah dan pada hening paginya (jam 4.00 pagi) semua pelajar dikehendaki untuk bangun dan bersiap untuk melaksanakan ibadah Qiyamullail diimami oleh wakil pelajar yang telah ditaklifkan.

Seusai solat Subuh Berjemaah para pelajar disajikan dengan Tausiah oleh wakil guru yang ditaklifkan serta pada waktu dhuhanya dilaksanakan Solat Sunat Dhuha secara jemaah diimami oleh pelajar yang bertugas. 

Pada kemuncaknya pukul 9.00 pagi, para pelajar sekali lagi disajikan dengan sedikit motivasi daripada pakar motivasi jemputan untuk memberi pendedahan dan pencerahan kepada pelajar supaya mempunyai jati diri laksana muslim sejati.

Akhirnya, program ini melabuhkan tirainya dengan perasmian penutup oleh tuan pengetua SMU (A) Ismailiah Binjai Manis. Seusai majlis perasmian semua pelajar bersurai.

Sekian, dilaporkan... 


Unit Multimedia & IT SMUAI




Read more...